sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari yang hanya
bercerita,
ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan kawan
kerana dia juga seorang
manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa....bimbang,
sedih dan kecewa.
dia juga ada kelemahan
dan juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
jadilah kita kawannya itu..
kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi sebenarnya mungkin
dia tak setabah yang kita
sangka,
disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan,
disebalik ketenanganya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan
kita tidak tahu...tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu......
No comments:
Post a Comment